Friday, 24 February 2017

Pesanan Terakhir


Pesanan Terakhir..Teruntuk kamu,

Semoga baik-baik sahaja, dapatkan yang terbaik dan selalu berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya, ya?

Kamu, jaga kesihatan, jaga diri, tetap banyak makan. Aku ingin melihat kamu dari jauh, ianya lebih baik dari saat terakhir aku melihat kamu nanti. Kamu lebih tampan, sifat yang lebih baik, dan sifat buruk pula perlahan berkurang. Aku ingin melihat kamu yang jauh lebih baik, jauh lebih berjaya, jauh lebih dewasa suatu hati nanti. Suatu yang... entah.

Kamu, kurangkan ego. Ada saatnya kamu harus mendengarkan apa kata orang. Kamu tidak selalu benar, ada kalanya orang lainlah yang benar dan kamu salah. Jangan malu meminta maaf. Kamu itu lelaki. Lelaki itu harus lebih berani mengakui kesalahannya. Jangan menantikan seorang gadis untuk memcairkan suasana. Kamu harus lebih aktif. Tujukkan kalau kamu lelaki.

Kamu, pertahankan sifat santun itu. Salah satu yang membuat aku kagum pada kamu adalah sifat santun itu. Ibu kamu mendidik kamu dengan baik. Kamu sangat baik dan ramah. Kepada sesiapa pun baik yang kamu kenal atau tidak kenal. Aku sempat melihat halaman kamu beberapa kali. Kamu semakin pandai berkata "ya", pandai menarik hati wanita, pandai mendekati mereka. Dari mana kamu pelajari itu? Bahkan kamu yang sekarang sangat berbeza dengan kamu yang dulu. Kamu yang mendekati aku malu-malu. Kamu yang mendekati aku dengan dipenuhi rasa segan dan silu. Rasanya berbeza sekali dengan kamu yang ini. Satu saja, jangan permainkan mereka. Hati wanita bukan untuk dipermainkan. Cukup satu. Cukup dia. Jangan ada yang lain. Aku tak ingin kamu kena sumpah serapah dan karma dari mereka (wanita) yang lain. Aku yakin, kamu lelaki yang baik.

 Kamu lebih selesa dan tenang bersamanya, jaga dia. Jangan kamu sia-siakan. Jangan yang lain. Kamu sudah cukup dewasa untuk memilih mana yang baik mana yang tidak. Kejar dia, jaga dia dan jangan kamu lepaskan. Maka, aku di sini, akan bahagia melihat kamu bahagia dengannya.

Dulu, keadaan berlalu pergi secara terburu-buru hingga belum sempat untuk aku memberikan pesanan terakhir. Kini saatnya; entah kamu membacanya, entah tidak. Alam maya ini akan membantu aku untuk memberitahu kamu bagaimana pun caranya kamu akan tahu. Entah kini, entah nanti.

Kamu, aku tahu kamu diciptakan untuk menjadi orang baik. Mungkin sekarang kamu sedang mencari resolusi pada diri. Lekaslah bertemu dengannya. Menjadi diri kamu sendiri. Menjadi lelaki baik yang aku kenal dulu. Saat kali pertama aku berkenalan dengan kamu.

Beranilah untuk mengalah, meminta maaf terlebih dahulu atas kesalahan yang telah kamu telah kau buat bukanlah hal yang salah. Kurangkan rasa ego, rendahkan amarah dan ketahuilah tidak semua hal harus sejalan dengan apa yang kamu inginkan. Kamu bukan Tuhan. Pandai-pandailah peka terhadap keadaan sekitar. Pandai-pandailah menjaga perasaan orang yang kamu sayang. Jangan anggap semua perasaan kamu adalah suatu yang benar. Sekali lagi, kamu bukan Tuhan.
Gapai semua harapan kamu satu per satu. Nanti, bila sempat dan kamu mahu beritahu aku apa saja yang telah kau capai. Dulu kamu menyatakan harapan-harapan kamu pada aku. Agaknya sudah tercapai berapa %, ya? Maaf, dulu aku hanya sempat menemani kamu untuk menyatakan harapan dan kini, aku tak boleh menemani kami sehingga menggapai harapan itu.

Semoga kamu menemukannya. Menemukan sumber bahagia kamu dengan dia, keluarga, sahabat dan teman sekeliling kamu.

Pesanan terakhir, semoga segala hal baik akan kamu dapatkan. Segala hal buruk mohon dijauhkan. Jangan lupa untuk bersyukur atas apa yang telah, sedang dan akan kamu dapatkan. Maaf, jika aku tidak boleh menjadi sahabat baik bagi kamu. Anggap sahaja aku ibrah terbaik untuk kamu; untuk tidak lagi salah memilih wanita kelak.

Aku sayang kamu (sehingga hembusan terhenti)

Dari aku;
yang sempat menjadi sebahagian hidup kamu.

#zatie

Sunday, 12 February 2017

Saturday, 21 January 2017

Rinduuuuu



  Rinduuuuu 


Bahagia dengan sedih tu setanding ja. Takkan selamanya Allah nak bagi kau sedih, dan bila kau dah bahagia takkan selamanya kau akan rasa bahagia. Jadi sentiasa bersyukur dgn setiap apa yg kau dapat. Jangan lupa padaNya

Monday, 16 January 2017




Aku memang jenis yang sukar nak sayang kan seseorang.. 
Tapi bila aku dah sayang.. takkan aku lepaskan , sepenuh jiwa aku sayangkan dia.. 

Nasrul

Thursday, 12 January 2017



Saya doa semoga awak jodoh saya...Aamiin 

Sunday, 8 January 2017




Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami..Aamiin

Saturday, 7 January 2017

Sayangku



 

Sayangku...
Bila kau hadir di dalam diriku,Bila kau jauh aku terasa rindu..Wajahmu terbayang di hatiku...Biarpun engkau jauh di mataku...Sayangnya aku pada dirimu...

Pabila ku lihat senyumanmu , terdetik memori pertemuan kali pertama kita berdua...Ada sesuatu tentang kita,kemesraan bersama membuatku lupa,xprnah terlintas untuk aku...kehilanganmu..

Sungguh ku terasa pilu dan sayu...bila kau berjauhan dariku....namun kau yang bertahta di hatiku.....Hanya kau yang tersemat di jiwaku,hanya kau yang sentiasa di hatiku...cuma kau yang ku harapkan selalu...Moga kau terus merasa merindu...Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati....

                                        


COPYRIGHT @ SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK LOVE STORY PRINCESS EYZAA