Pages

Tuesday 29 November 2011

Wednesday 23 November 2011

baca-baca nah :)


 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh..Cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..Akhirnya ia dibuang..Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang TERIMALAH seadanya..Janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN , bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan , jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuna mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan.. KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya.. Lalu kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA  dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan.. KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. lalu kamu juga yang akan MENYESAL.!!!

Sunday 20 November 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa kita Sedar.. ^__^




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan :

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan " Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku "

"Kahwin la dengan kita bila-bila." jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut, walaupun ia disebut dalam telefon..

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram..

Bagaimana dengan kebiasaan orang melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu. dan tidak kena mengena dengan hukum islam. Antara hukum islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana jika Perempuan itu Ketiadaan Ibu dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila, dan lain-lain , maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini. 


Sunday 13 November 2011

ku titiskan air mata ini buat mu...




10 JENIS TANGISAN

 Menangis kerana terlalu sedih
Menangis kerana terasa hina dan lemah
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
 Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
 Menangis orang munafik - pura-pura menangis
 Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
 Menangis kerana rasa takut
 Menangis kerana cinta
 Menangis kerana gembira
 Menangis kerana menghadapi penderitaan

MENANGISLAH!!! BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH!!! DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN!!!

Jadi, Allah SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti..kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini...
Namun, tangisan itu tercela atau terpuji.? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan keran takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Air Mata Yang Tiada Di Tuntut

 Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?
 Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.
 Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan..
 Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan..Dari itu...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

" Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".



COPYRIGHT @ SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK LOVE STORY PRINCESS EYZAA