Pages

Sunday, 4 December 2011

baca-baca nah :)







Setiap perkara tu , kalau kita buat dengan ikhlas , dengan sepenuh hati , insyaAllah kita akan dapat ganjarannya . Sebagai orang islam yg mempunyai kudrat , apa yg boleh kita lakukan adalah berusaha dan jangan lupa , doa itu yg paling penting. Kalau niat kita betul , Allah akan bantu kita.

Allah itu Maha  Mengetahui. Dia menciptakan semua yg ada di muka bumi ini berpasang-pasangan supaya setiap satunya menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Saling mengimbangi dan saling menyempurnakan. Siang dengan malam , kiri dengan kanan , sama juga seperti lelaki dan perempuan.

Bagi kita sebagai manusia , memang diciptakan lelaki dan wanita untuk saling melengkapi dan untuk saling berkasih sayang. Dan menjadi tugas kita untuk mencari jodoh yg telah ditetapkan oleh Allah itu kerana jodoh itu tak datang bergolek. Ingat , kadang-kadang Allah mempertemukan kita dengan ramai orang sebelum menemukan kita dengan orang yg betul. Berdoalah kerana doa itu adalah salah satu daripada tugas kita.


0 comments:

COPYRIGHT @ SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK LOVE STORY PRINCESS EYZAA