Pages

Wednesday 7 December 2011

Cinta Seribu Alasan





Cinta kadangkala akan memberikan kepahitan jika pasangan memberikan seribu alasan untuk tidak melangkah ke peringkat lebih serius seperti mengikat dengan tali pernikahan. Seribu alasan diberi antaranya sibuk dengan kerjaya, mahu menumpukan kepada keluarga,mahu adik-beradik lain kahwin dulu dan bermacam-macam alasan yang dikira tidak masuk akal

Alasan ini sebenarnya satu petanda si dia tidak mahu serius.Jika ianya terlalu kerap diberik alasan pastinya adalah petanda tidak baik. Ramai pasangan bercinta mengidamkan titik noktah dengan hubungan perkahwinan. Ya memang itu yang diharapkan,namun jika pasangan anda mencari alasan untuk mengelak ianya bukan petanda yang baik.

Cinta tidak seharusnya diabaikan dengan seribu alasan yang akan mengundang kepada kebimbangan. Ramai dikalangan kita akan berasa bimbang jika berasakan tidak terjamin. Dalam cinta kahwin merupakan jaminannya(walaupun perkahwinan tidak menentukan bahagia namun perkahwinan adalah jaminan kepada rasa selamat)

Baiklah soal bahagia dalam perkahwinan adalah soal ke dua,hal ini boleh dipupuk dan di didik.Tetapi  jika pasangan lama bercinta mencari seribu alasan untuk berkahwin memang itu sesuatu yang harus difikirkan. Jangan sampai cinta itu akhirnya terkubur dengan detik perpisahan tanpa ikatan. Nasihat saya jika bercinta jangan lama-lama,biarlah kita bercinta selepas kahwin InsyAllah akan kekal lama.

0 comments:

COPYRIGHT @ SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK LOVE STORY PRINCESS EYZAA