Pages

Sunday 13 November 2011

ku titiskan air mata ini buat mu...




10 JENIS TANGISAN

 Menangis kerana terlalu sedih
Menangis kerana terasa hina dan lemah
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
 Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
 Menangis orang munafik - pura-pura menangis
 Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
 Menangis kerana rasa takut
 Menangis kerana cinta
 Menangis kerana gembira
 Menangis kerana menghadapi penderitaan

MENANGISLAH!!! BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH!!! DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN!!!

Jadi, Allah SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti..kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini...
Namun, tangisan itu tercela atau terpuji.? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan keran takut akan azab dan siksa Allah SWT.

Air Mata Yang Tiada Di Tuntut

 Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?
 Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.
 Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan..
 Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan..Dari itu...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

" Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".



0 comments:

COPYRIGHT @ SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK LOVE STORY PRINCESS EYZAA